bahasa itu indah. ROSLINDA BT NORDIN EL-T02D20102043335
Isnin, 12 Disember 2011
SOALAN SINONIM & ANTONIM
1. Sikap pemandu yang cuai mengaibatkan kemalangan jalan raya.
A. wapada C. Leka
B. lalai D. Lupa
2. Syakirah sangsi akan cerita yang disebarkan rakannya.
A. percaya C. Berbelah bagi
B. was-was D. Keliru
3. Wajah Salaman tiba-tiba menjelma dalam ingatannya.
A.menanggal C. Lenyap
B. timbul D. Gugur
4. Dahulu ,ayah selalu membawa saya bersiar-siar.
A. ini C. Semalam
B. Kini D. Esok
5. Kedamaian di desa ini membuat saya ingin datang lagi.
A. Kampung C. Danau
B. lembah D. Kota
SONONIM
6. Awan mendung alamat hari akan hujan.
A. sebab C.tanda
B. kesan D. Akibat
7. Ramai orang berpindah ke bandar untuk meningkatkan taraf hidup.
A. desa C. Kampung
B. kota D. Taman
8. Burung itu bebas dari sangkar.
A. lepas C. Hilang
B. benar D. Bangun
9. Orang kaya itu bimbang akan eselamatan anaknya.
A. binasa C. Sedih
B. risau D. Sombong
10. Sikap bongkak adalah sikap yang tidak baik.
A. bosan C. Tamak
B. kejam D. sombong
CONTOH SINONIM & ANTONIM
ENTRI SINONIM ANTONIM
1.Aib malu bangga
Contoh ayat:a) Anak gadis Pak Syukor sanggup melakukan sesuatu yang memberi malu kepada keluarga
b)Molly berasa bangga apabila berjaya mendaki puncak gunung Tahan.
2.bakhil kedekut pemurah
Contoh ayat:a)Walaupun tauke Kim seorang yang kaya,tetapi dia sungguh kedekut.
b)Mazlan seorang yang pemurah dan selalu menolong orang yang berada dalam kesusahan .
3. balu janda duda
Contoh ayat: a) Maimunah menjadi janda setelah diceraikan suaminya.
b) Pak Darus menjadi duda setelah kematian isteri kesayangannya.
4. batin jiwa zahir
Contoh ayat: a) Jiwa Bibi terseksa sejak kematian suaminya.
b) Secara zahirnya, Haikal tidak tercedera tetapi batinnya merana.
5. buntang terbeliak pejam
Contoh ayat: a) Mata Abu terbeliak melihat kejadian yang luar biasa berlaku di hadapan matanya.
b) Abidin pejam mata kerana tidak sanggup melihat kejadian ngeri itu.
6. gembor poros pejal
Contoh ayat: a) Tanah di dalam pasu itu kelihatan poros setelah digembur.
b) Tanah liat ialah sejenis tanah yang pejal.
7. imbuh tokok kurang
Contoh ayat: a) Barang yang kurang timbangan mesti ditokok semula agar mencukupi.
b) Datuk kurang bersenam sejak akhir-akhir ini.
8. mudik menongkah menghilir
Contoh ayat: a) Pak Lebai mengayuh perahu menongkah arus.
b) Setelah penat menongkah arus , Pak Lebai menghilir sungai pula.
9. Rimas gelisah tenang
Contoh ayat: a) Harjit Sigh berasa gelisah untuk menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini.
b) Jika menghadapi apa-apa masalah , kita perlulah bersikap tenang dan tidak mudah cemas.
10. Tengkujuh musim hujan kemarau
Contoh ayat: a) Nelayan tidak turun ke laut pada musim hujan kerana membahayakan nyawa mereka.
b) Pada musim kemarau , banyak tumbuh-tumbuhan akan mati.
11. asak padat longgar
Contoh ayat: a) Pasu bunga itu diiisi dengan tanah sehingga padat.
b) Kotak yang berisi tin susu itu masih longgar dan boleh dimuatkan lagi.
12.balah bertengkar muafakat
Contoh ayat: a) Janganlah kita bertengkar semata-mata kerana perkara kecil.
b) Kita hendaklah sentiasa muafakat dalam apa juga perkara.
13. bantut terencat subur
Contoh ayat: a) Pokok-pokok cili yang ditanam oleh abang terencat kerana tidak dibaja.
b) Pokok-pokok yang dijaga dengan rapi akan hidup subur.
14. Basmi cegah galak
Contoh ayat: a) Pihak kerajaan berusaha untuk mencegah merebaknya penyakit Aids.
b) Ibu bapa tidak putus-putus memberi galakan kepada anak mereka agar sentiasa berusaha dalam pelajaran.
15. belot derhaka taat
Contoh ayat: a) Sebagai rakyat Malaysia, dia tak mahu derhaka kepada negaranya.
b) Jadilah seorang anak yang taat kepada ibu bapa.
16.cakarewala langit bumi
Contoh ayat: a) Peredaran bintang akan berlaku di langit.
b) Banyak binatang hidup di bumi.
17. Cekung lekuk cembung
Contoh ayat:a) Lekuk di bawah mata akan terjadi jika seseorang itu kekurangan tidur.
b) Pipi Zaitun kelihatan cembung dan gebu.
18. condong senget tegak
Contoh ayat:a) Tiang lampu kelihatan senget selepas dilanggar oleh sebuah kereta.
b) Tiang bendera yang condong itu ditegakkan semula.
19. daif hina mulia
Contoh ayat:a) Penagih dadah dipandang hina oleh masyarakat.
b) Orang yang selalu membantu mereka yang memerlukan dipandang mulia.
20. hadas kotor suci
Contoh ayat: a) Abang perlu mandi untuk membersihkan badannya yang otor.
b) Sebelum melakukan sesuatu ibadat , kita perlu syci daripada sebarang kotoran.
SINONIM & ANTONIM
1. Sinonim adalah kata yang sama atau hampir sama maknanya(kata seerti).
2. Contoh sinonim :
(a) abad = kurun
(b) kacak= tampan
(c) nilai =harga
3. Contoh ayat:
Kuda itu berlari laju. Kuda itu berlari pantas.
4. Antonim pula ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain.
5. Contoh antonim:
(a) ambil = buang
(b) nakal =baik
(c) sopan = biadap
(d) dosa = pahala
(e) ingat = lupa
6. Contoh ayat: comel= hodoh
Bayi itu comel. Mukanya hodoh ketika menangis.
PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan akan disertai dengan kata bilangan misalnya secubit sebentuk,sebiji,seekor. ‘Se’ ialah kata bilangan.
2. Contoh penjodoh bilangan ialah das, buah,pasang, ekor,cubit, bentuk,biji.
3. Contoh ayat:
Roslan menjumpai selaras senapang di dalam semak di belakang rumahnya.
PARTIKEL
1. Partikel digunakan untuk menguatkan sesuatu kenyataan.
2. Partikel terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
(a) –lah dan –kah
- berfungsi untuk menjelaskan kenyataan.
-Contoh : jemputlah,mengapakah
(b) –tah
- Untuk menjelaskan penyataan yang khusus.
-Contoh: apatah, bilatah
(c) pun dan juga.
- Untuk menguatkan pernyataan.
-Contoh: saya pun, dia pergi juga.
3. Contoh ayat:
Miza pandai menyanyi apatah menari.
KATA MAJMUK
1. Kata Majmuk terdiri daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna tertentu dan dieja terpisah.
2. Contoh: balai raya, kaki bangku,papan hitam, alat tulis ,kapal terbang.
3. Contoh ayat:
Kapal terbang itu melintas di atas bumbung rumah saya.
KATA GANDA
1. Terdapat lima jenis kata ganda lain iaitu:
a. Kata Ganda Seluruh.
- Digandakan seluruhnya.
- Terdiri daripada kata nama , kata adjektif, dan kata keterangan.
- Contoh : kawan-kawan, cantik-cantik
- Contoh ayat:
Burung-burung itu sedang terbang di awan biru.
b. Kata Ganda Separa
- Dibentuk pada sebahagian kata dasarnya.
-Contoh: lelangit, jejari, tetangga, sesiku
- Contoh ayat:
Lelangit adik sakit.
c. Kata Ganda Semu
-Terbentuk daripada kata yang digandakan secara kesulurukannya.
- Diberi tanda sempang(-).
- Contoh: agar-agar,anai-anai, kura-kura
d. Kata Ganda Berima
-Mempunyai sebutan berima di pangkal,dihujung, atau keseluruhannya.
- Diberi tanda sepang(-).
-Contoh: gunung-ganang, mandi-manda.
-Contoh ayat:
Di kawasan gunung-ganang itu terdapat air terjun.
e. Kata Ganda Berimbuhan Menyaling.
-Diberi imbuhandan imbuhannya terletak di awal,dan akhir serta sisipan.
-Contoh:berlari-lari,tarik-menarik
-Contoh ayat:
Pak Ali sedang menyiram sayur-sayuran di kebunnya.
Langgan:
Catatan (Atom)