ENTRI SINONIM ANTONIM
1.Aib malu bangga
Contoh ayat:a) Anak gadis Pak Syukor sanggup melakukan sesuatu yang memberi malu kepada keluarga
b)Molly berasa bangga apabila berjaya mendaki puncak gunung Tahan.
2.bakhil kedekut pemurah
Contoh ayat:a)Walaupun tauke Kim seorang yang kaya,tetapi dia sungguh kedekut.
b)Mazlan seorang yang pemurah dan selalu menolong orang yang berada dalam kesusahan .
3. balu janda duda
Contoh ayat: a) Maimunah menjadi janda setelah diceraikan suaminya.
b) Pak Darus menjadi duda setelah kematian isteri kesayangannya.
4. batin jiwa zahir
Contoh ayat: a) Jiwa Bibi terseksa sejak kematian suaminya.
b) Secara zahirnya, Haikal tidak tercedera tetapi batinnya merana.
5. buntang terbeliak pejam
Contoh ayat: a) Mata Abu terbeliak melihat kejadian yang luar biasa berlaku di hadapan matanya.
b) Abidin pejam mata kerana tidak sanggup melihat kejadian ngeri itu.
6. gembor poros pejal
Contoh ayat: a) Tanah di dalam pasu itu kelihatan poros setelah digembur.
b) Tanah liat ialah sejenis tanah yang pejal.
7. imbuh tokok kurang
Contoh ayat: a) Barang yang kurang timbangan mesti ditokok semula agar mencukupi.
b) Datuk kurang bersenam sejak akhir-akhir ini.
8. mudik menongkah menghilir
Contoh ayat: a) Pak Lebai mengayuh perahu menongkah arus.
b) Setelah penat menongkah arus , Pak Lebai menghilir sungai pula.
9. Rimas gelisah tenang
Contoh ayat: a) Harjit Sigh berasa gelisah untuk menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini.
b) Jika menghadapi apa-apa masalah , kita perlulah bersikap tenang dan tidak mudah cemas.
10. Tengkujuh musim hujan kemarau
Contoh ayat: a) Nelayan tidak turun ke laut pada musim hujan kerana membahayakan nyawa mereka.
b) Pada musim kemarau , banyak tumbuh-tumbuhan akan mati.
11. asak padat longgar
Contoh ayat: a) Pasu bunga itu diiisi dengan tanah sehingga padat.
b) Kotak yang berisi tin susu itu masih longgar dan boleh dimuatkan lagi.
12.balah bertengkar muafakat
Contoh ayat: a) Janganlah kita bertengkar semata-mata kerana perkara kecil.
b) Kita hendaklah sentiasa muafakat dalam apa juga perkara.
13. bantut terencat subur
Contoh ayat: a) Pokok-pokok cili yang ditanam oleh abang terencat kerana tidak dibaja.
b) Pokok-pokok yang dijaga dengan rapi akan hidup subur.
14. Basmi cegah galak
Contoh ayat: a) Pihak kerajaan berusaha untuk mencegah merebaknya penyakit Aids.
b) Ibu bapa tidak putus-putus memberi galakan kepada anak mereka agar sentiasa berusaha dalam pelajaran.
15. belot derhaka taat
Contoh ayat: a) Sebagai rakyat Malaysia, dia tak mahu derhaka kepada negaranya.
b) Jadilah seorang anak yang taat kepada ibu bapa.
16.cakarewala langit bumi
Contoh ayat: a) Peredaran bintang akan berlaku di langit.
b) Banyak binatang hidup di bumi.
17. Cekung lekuk cembung
Contoh ayat:a) Lekuk di bawah mata akan terjadi jika seseorang itu kekurangan tidur.
b) Pipi Zaitun kelihatan cembung dan gebu.
18. condong senget tegak
Contoh ayat:a) Tiang lampu kelihatan senget selepas dilanggar oleh sebuah kereta.
b) Tiang bendera yang condong itu ditegakkan semula.
19. daif hina mulia
Contoh ayat:a) Penagih dadah dipandang hina oleh masyarakat.
b) Orang yang selalu membantu mereka yang memerlukan dipandang mulia.
20. hadas kotor suci
Contoh ayat: a) Abang perlu mandi untuk membersihkan badannya yang otor.
b) Sebelum melakukan sesuatu ibadat , kita perlu syci daripada sebarang kotoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan