bahasa itu indah. ROSLINDA BT NORDIN EL-T02
D20102043335

Isnin, 12 Disember 2011

KATA GANDA


1.  Terdapat lima jenis kata ganda lain iaitu:

a. Kata Ganda Seluruh.
- Digandakan seluruhnya.
- Terdiri daripada kata nama , kata adjektif, dan kata keterangan.
- Contoh : kawan-kawan, cantik-cantik
- Contoh ayat:

Burung-burung itu sedang terbang di awan biru.

b.  Kata Ganda Separa
- Dibentuk pada sebahagian kata dasarnya.
-Contoh: lelangit, jejari, tetangga, sesiku
- Contoh ayat:

Lelangit  adik sakit.

c.  Kata Ganda Semu

-Terbentuk daripada kata yang digandakan secara kesulurukannya.
- Diberi tanda sempang(-).
- Contoh: agar-agar,anai-anai, kura-kura

d. Kata Ganda Berima

-Mempunyai sebutan berima di pangkal,dihujung, atau keseluruhannya.
- Diberi tanda sepang(-).
-Contoh: gunung-ganang, mandi-manda.
-Contoh ayat:
Di kawasan gunung-ganang itu terdapat air terjun.

e. Kata Ganda Berimbuhan Menyaling.

-Diberi imbuhandan imbuhannya terletak di awal,dan akhir serta sisipan.
-Contoh:berlari-lari,tarik-menarik
-Contoh ayat:
Pak Ali sedang menyiram sayur-sayuran di kebunnya.

14 ulasan:

  1. Slm,

    Setahu saya gandaan menyaling merujuk kepada perbuatan atau sesuatu keadaan yang saling berbalas. Tapi menarik juga bila sdri beri contoh 'sayur-sayuran'. Ini adalah kata nama. (buat saya terfikir sejenak :) Mungkin juga boleh dianggap kekecualian dalam pengimbuhan separa. Tetapi bukan untuk menyaling.

    Berkaitan hal ini, Prof Asmah Omar cadangkan penggunaan tumbuhan-tumbuhan bagi tumbuh-tumbuhan, kerana kata ini adalah 'kesilapan'. (rujuk Ensiklopedia BM terbitan DBP).

    Juga saya cadangkan pengajar bahasa rujuklah karya terbitan DBP dan ahli bahasa yg sudah dikenali sprti Prof Abdullah Hassan dan Prof Asmah Omar dahulu, sblm membincangkan sesuatu ilmu, supaya tidak mengelirukan atau disalah tafsir, dan supaya bahasa kita lebih standard. (kecuali yg melibatkan hasil kajian baharu)

    skdar pandangan, wallahua'lam.

    yunus, FSKTM, UPM

    BalasPadam